Thursday, September 18, 2008

MAKLUMAT AM MDKL

OBJEKTIF

"Merumus,Merancang dan Melaksanakan Dasar-Dasar Pembangunan,Pengurusan Pentadbiran dan Perkhidmatan selaras dengan Dasar Pembangunan Negara(DPN)"

MISI

"Menyediakan perkhidmatan perbandaran yang efisien terbaik dan berakauntabiliti dengan berlandaskan Tonggak 10 dan Wawasan 2020"

VISI

"Menjadikan perbandaran terus maju dengan berorientasikan teknologi terkini dan pengekalan alam semulajadi dengan pusat pelancongan yang unggul"

JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN


OBJEKTIF

Mewujudkan pembangunan yang mampan melalui kelulusan pelan perancangan pembangunan tanah serta menyediakan kemudahan rekreasi untuk meningkatkan keselesaan kualiti kehidupan awam.

FUNGSI-FUNGSI

Memproses permohonan kebenaran merancang pelan susunatur,kebenaran merancang tanah,merancang perubahan kegunaan tanah,pelan landskap dan pelan alamat.

Menyediakan asas rujukan dan melaksanakan mengenai perancangan Bandar terhadap masalah dan isu-isu Perbandaran.

Membuat ulasan permohonan tukar syarat tanah,pecah sempadan tanah,menyatukan tanah.

Penwartaan keluasan kawasan MDKL.

Memberi khidmat nasihat kepada pemaju/konsultant/jururancang dan orang awam berkenaan perancangan pembangunan tanah,landskap dan rekreasi.

Menyediakan pelan-pelan pembangunan,data-data dan maklumat dalam sistem GIS.

Melaksanakan kerja-kerja pengindahan dan menyelenggara kerja-kerja landskap MDKL.

Mengawasi masalah setinggan dan kilang-kilang haram.



STADIUM

DEWAN SERI JUGRA

WISMA MDKL

BAZAR BANTING

PASAR BANTING

GERAI MDKL

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DI DAERAH KUALA LANGAT

PETA DAERAH KUALA LANGAT


PENUBUHAN MDKL

Tarikh penubuhan

  • 1 Januari 1977
  • Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976
  • Gabungan 3 Majlis Tempatan iaitu:

a) Majlis Tempatan Sg. Jarom.

b) Majlis Tempatan Tanjung Sepat.

c) Lembaga Bandaran Kuala Langat.

Keluasan kawasan pentadbiran

  • Awal penubuhan 3.7 batu persegi(9.6 km).
  • 2001 bertambah kepada 62.294 km persegi.
  • Kawasan luar yang ditadbir oleh MDKL seluas 10 km persegi.

Jumlah pegangan

  • Pada tahun 2001 jumlah pegangan ialah 30000.
  • Dari pelbagai jenis seperti Pegangan perumahan, perdagangan, perindustrian & pertanian.

Jumlah penduduk

  • 36,751 Melayu
  • 17,354 Cina
  • 12,297 India
  • 113 Lain-lain
Bandar utama
  • Banting
  • Bandar Jugra
  • Teluk Datok
  • Morib

PROFIL MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT

Majlis Daerah Kuala Langat
Persiaran Majlis Off Jalan Sultan Alam Shah,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.

No. Pejabat Am : 603-31872825/603-31872732/603-31878957
No. Faksmili : 603-31879304

E-mel : admin@mdkl.gov.my
E-mel Aduan : aduan@mdkl.gov.my

laman web : http://www.mdkl.gov.my

Majlis Daerah Kuala Langat juga mempunyai kaunter luar bagi pembayaran cukai taksir :-

Alamat : Dewan Orang Ramai,
Tg. Sepat,Jalan Pasar,
42800 Tg. Sepat Indah,
Selangor Darul Ehsan.

No. Cawangan Tg. Sepat : 603-31974209