Saturday, November 1, 2008

KAJIAN LAPANGAN (TAHAP KEEFISIENAN BANDAR)

PENGENALAN

Keefisienan Bandar merujuk kepada keadaan bandar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk dinikmati oleh semua penduduk sama ada yang kaya atau miskin dan yang tinggal di bandar atau luar bandar. Bandar yang efisien mampu memberi perkhidmatan yang baik kepada pengguna.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap keefisienan sesebuah bandar yang terdapat di kawasan Lembah Klang. Tahap keefisienan bandar diukur berdasarkan pandangan masyarakat di sesebuah kawasan bandar yang dipilih.

LOKASI KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di kawasan Kuala Langat di mana bandar yang dipilih ialah Bandar Banting. Bandar Banting ini merupakan sebuah pusat bandar bagi penduduk di kawasan Kuala Langat.

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai alat mengumpul data pembolehubah yang dikaji. Borang soal selidik ini mengandungi 5 bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian C, bahagian D dan bahagian E.

Dalam bahagian A, soal selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu faktor demografi dan latar belakang pekerjaan dan pendapatan. Manakala dalam bahagian B pula mengandungi soalan berkaitan tahap keefisienan Bandar yang terbahagi kepada 13 bahagian iaitu ekonomi Bandar, kemudahan masyarakat, infrastruktur, imej dan lanskap Bandar, pengangkutan, perdagangan, perkilangan, pelancongan, perumahan, keselamatan, governans, alam sekitar, dan perkhidmatan online.

Dalam bahagian C pula merangkumi ranking tahap keefisienan Bandar dan persepsi responden mengenai tahap keefisienan Bandar raya Kuala Lumpur. Bahagian D mengandungi soalan tentang pengalaman responden berhadapan dengan ketidak-efisienan Bandar sepanjang 5 tahun lepas. Bahagian terakhir iaitu bahagian E pula terdiri daripada pandangan responden tentang keefisienan ketidak-efisianan Bandar serta ulasan keseluruhan tentang Bandar mereka.

RESPONDEN KAJIAN

Responden dalam kajian ini adalah seramai 45 orang yang dipilih secara rawak di kawasan Bandar Banting iaitu terdiri daripada 21 orang responden lelaki dan 24 orang responden perempuan. Responden dalam kajian ini juga terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu 24 orang Melayu, 13 orang Cina dan 8 orang India.

KEPUTUSAN KAJIAN

Setelah dianalisis, didapatI bahawa tahap keefiesenan Bandar di kawasan kuala Langat secara keseluruhannya adalah memuaskan iaitu sebanyak 11.1%. Daripada soalselidik yang diedarkan kepada penduduk kawasan Bandar Banting, didapati bahawa kedudukan ekonomi di bandar tersebut berada dalam keadaan efisIen dan memuaskan iaitu sebanyak 65.8%. Manakala dari segi kemudahan masyarakat, utiliti dan sosial juga berada di tahap yang efisIen iaitu sebanyak 65.6%.

Kemudahan infrakstruktur di Bandar Banting juga berada di tahap yang efisIen iaitu sebanyak 63.8%. Bagi kemudahan imej dan lanskap Bandar pula, hanya 48.1% responden mengatakan bahawa ianya berada di tahap efisien. Terdapat dua item daripada imej dan landskap bandar didapati kurang efisIen iaitu arca dan ikon bandarraya serta ruang pejalan kaki.

Selain itu juga, kemudahan pengangkutan secara keseluruhannya didapati berada di tahap kurang efisIen. Hal ini disebabkan di kawasan Bandar Banting masih kekurangan sistem pengangkutan awam seperti komuter, LRT dan monorel. Manakala, dalam sektor kemudahan perdagangan, perkilangan, pelancongan, perumahan, keselamatan, governans, alam sekitar dan perkhidmatan secara online pula berada di tahap efisien secara keseluruhannya.

Kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah Bandar Banting berada dalam keadaan yang efisien. walaupun mempunyai kekurangannya tetapi tidak mendatangkan kesan yang negatif kepada aktiviti penduduk di situ. Namun pihak berkuasa perlu memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk kemudahan penduduk. Ianya kerana, kawasan Kuala Langat memerlukan kemajuan seperti bandar-bandar lain yang berada di kawasan Lembah Klang yang kian giat untuk mengejar arus pemodenan.

perjalanan membuat kerja lapangan

Pada 17 Oktober 2008 (hari Jumaat), kami bertolak dari UKM tepat pukul 9.00 pagi untuk memulakan perjalanan ke Bandar Banting iaitu tempat kami ditugaskan untuk mencari responden. Responden yang diperlukan seramai 45 orang yang terdiri daripada berlainan bangsa untuk membantu kami menjawab soal selidik berkaitan dengan tahap keefisienan Bandar Banting. Perjalanan kami ke Bandar Banting menaiki kereta dan hanya berpandukan papan tanda yang ada. Perjalanan mengambil masa selama hampir sejam dan apabila tiba di Bandar Banting, kami mula bergerak mencari responden. dari segi pemerhatian kami, Bandar Banting agak lengkap dengan kemudahan yang diperlukan oleh penduduk, di situ terdapat sebuah pasaraya "The Store" dan deretan-deretan kedai yang memudahkan penduduk untuk mendapatkan barangan keperluan mereka. Selain itu, terdapat juga bangunan-bangunan kerajaan, bank, kolej swasta dan premis-premis makanan di Bandar Banting tersebut. Pelbagai kerenah responden yang kami temui sepanjang menjalankan kajian ini. Ada yang memang ramah dan sudi membantu tetapi ada juga yang agak sombong, namun ini merupakan fenomena biasa dalam menjalankan kerja lapangan yang melibatkan masyarakat. Ketika kajian ini dijalankan, Banting mengalami masalah terputus bekalan air di mana menurut penduduk di situ, bekalan air telah terputus selama 2 hari dan mereka bergantung kepada bekalan air yang dihantar oleh pihak yang bertanggungjawab. Pencarian responden berlarutan hingga ke petang, memang memenatkan tetapi kami mendapat pengalaman daripada kerja lapangan ini di mana kami dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat luar.